Sunday, May 19, 2013

Asnaf Produktif dan Zakat Produktif


Dapatan kajian Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi, dan Mohd Shukri Hajinoor dari Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia tentang kejayaan usahawan Melayu di Pulau Langkawi cukup menarik. 

Dapatan kajian itu, boleh didapati daripada kertas kerja bertajuk Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Dapatan ini amat berharga kepada pihak yang terlibat dalam keusahawan, khususnya usahawan asnaf. Golongan usahawan asnaf perlu menelitinya. Begitu juga pihak yang menguruskan zakat produktif. Kedua-dua golongan perlu mendalaminya.

Dapatan kajian itu begitu relevan kepada mereka. Apa yang lebih penting lagi ialah cadangan yang telah dikemukakan. Berikut saya petik cadangan tersebut. "Kajian ini boleh mencadangkan bahawa apa-apa sahaja program dan sokongan yang diakukan oleh mana-mana pihak seharusnya menyentuh soal memperbaiki/memperkasakan latarbelakang dan jati diri serta sikap/budaya keusahawan untuk masyarakat Melayu boleh berjaya dalam bidang keusahwanan. Latarbelakang keusahawanan ini mestilah juga disokong oleh kemahiran mengurus perniagaan dan kemahiran kepimpinan. Dalam konteks ini pihak kerajaan atau agensi-agensi swasta perlu mengadakan banyak peluang latihan dan kemahiran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan. Dari segi pengusaha sendiri, mereka perlu sentiasa memperbaiki sikap sendiri dalam menguruskan perniagaan di samping mempertingkatkan usaha bagi memajukan perniagaan."

No comments: